Saturday, June 11, 2011

aku teringin.... :(

Td masa aku nge"date" dgn nad, ktorg jln2 la kt mega n ecm.. aku yg ajak dia kuar.. nak cari hadiah utk dia la.. huhu.. rahsia... hehe.. byk yg aku plan..


Ahh... tu bkn main point nye kat cni.. mse aku jln2 tu. ktorg singgah la pasar.. ada bunga.. aduyai... cantiknye..


Aku adalah peminat bunga especially bunga rose.. aku teringin sgt nak dpt bunga rose yg x berapa nak kembang lg.. tp dpt yg da kembang pun da alhamdulillah.. 


Tp.., xda sorg pun yg tau aku sgt2 minat bunga rose.. kdg2, org lain dpt aku tgk je.. mse rose day kt kolej, tertelan telan gak la air liur aku thn sebak sebab nak dptkn bunga..huhu..


Dlm seumur hidup aku, aku tak pernah lg dpt rose.. dlu aku prnah aim kt dlm dri, laki pertama yg bg au rose, dia la yg akan jd hubby aku..hehe.. kelakar lak..


A red rose!


Ape kan daya, itu semua angan2 je.. huhu.. mcm tak kan ada kot yg bg.. mybe la.. yg pasti, senin ni aku akan beli.. yey ! but not mine.. fer someone special :D

Ada ke aku utk dia sbnrnye ?

12.45am :


Penat aku memikir mlm ni.. aku tak nak nangis tp bila teringat, aku termenung, aku menangis pulak.. aku jauh dr dia.. dia makin tak kenal aku.. layak ke aku utk dia ?  ada ke aku dlm hati dia ? aku takut utk pergi jauh dgn dia tp aku sgt2 sayangkan dia.. 


"Ya Allah, lelapkanlah aku selena lenanya supaya aku dpt melupakan segalanya hari ni.. amin... "

Monday, June 6, 2011

Jika aku jatuh hati Ya Allah....



"Ya Allah... Sesungguhnya Engkau pemberi jodoh kami.. Aku mohon agar Kau kukuhkan lah jodoh antara kami.. Amin...."

Sunday, June 5, 2011

Bila ada yg memerhati....

Fb tempat kongsi something yg boleh dikongsi.. Mcm aku.. Tp disebabkan aku seorg yg agressif, kdg2 hampir menceritakan keaiban sesuatu termasuklah tentang r/ship..

Suka, happy, excited, aku cerita.. Ape yg aku wat, ape yg aku akan wat, sume nak cite.. Sedih, geram, sakit hati, menyampah, pun kdg2 aku share walaupun tak patut kerana seseorg akan terasa..

Bila ada problem, update kt status fb, org ni chat, n org tu chat tanye kenapa..

Mereka dua org yg prihatin, (mungkin, atau pun ada sebab lain). Diorang akan msg atau call tanye itu dan ini..

Awak dan awak, ye...., kadang2 mungkin sy sangat sedih, saya kecewa, dan sebagainya, tp sy tak boleh janji ape2.. Kte kawan aje tak lebih dr itu.. Terima kasih kerana awak prihatin.. Cerita kita pun dah lepas.. Awak awak sejarah sy.. Saya tak boleh nak patah balik..

Saya dah ada dia yg mungkin kesedihan saya, tp dia dah menjanjikan masa depan utk saya, insyaallah.......

Friday, June 3, 2011

1 putih, 1 hitam awwww~~~

Date : 30 April 2011
Lokasi : Jom heboh

Grey Day kami <3.. Tak pernah g Jom Heboh.. Ni la first time g.. Almaklumlah, tempat ramai org, panas terik, seksa tenaga je an.. Panas terik tu watkan kami decide nak beli payung.. Warna warni, cantek ;).. Tp alamak aii, mahal kot, rm10.. Padahal kat kedai keling je.. “Weyh ! ko amek kesempatan ek ?” dlm hati je la.. haha.. Tak pe lah, kami putera puteri lilin, mintak simpang jadi mcm kulit dayang senandung.. haha..

Masuk kawasaan Jom Heboh, aduyaii.. lagi lawa payung kat sini.. Payung yg aku minat lak tu.. haihh..... Rase mcm nak tukar je.. binawe punye keling..”Nak !!!!” dlm hati dah meronta ronta, terpandang pandang org yg jual payung tu..
Jalan jalan, pusing pusing.. Eh ! Zakiah Anas.. cun.. Cutting body mcm anak dara you.... wewiit...;)

Second round, jalan jalan, pusing pusing, dak2 promoter product dok hulur hulur barang  diorg, pamplet pun ada gak.. Okey, pamplet tu jd kipas kitorg.. Pnas berkuah kuah da masing.. haha.. Kat dia pamplet Maxis.. “Eh ! handphone rm* la.. syg nak tak ? nanti kita pusing lagi sekali pastu kita tanya..” ~~senyum xperlu kata apa apa..~~ :D

Third round, alamak, Buletin 1.30 la plak.. Lari dari kamera takot kantoi..heheh.. Dekat lak tu dgn booth Maxis.. haihhh....

“Ye., memang betol tp dgn syarat kena pakai line maxis la selama 2 thn, maknanya, terikat dgn kontrak selama 2 thn.”  “Jom syg kita g cucuk duit, guna duit abi dulu..” ~~senyum xperlu kata apa apa..~~ :D

Okey, no 4 angka belakang tu tarikh couple, 1510, 1015.. Available no, 1015.. Nokia x3-2, sepasang., 1 putih, 1 hitam, semua sama.. Tapi kami da jadikan warna merah..

Hari ni memang byk benda bersejarah.. Payung mahal tu pun habis aku conteng kononnye nak wat cm memori la kan.. Coincident semuanya, tanpa dirancang.. Dulu pernah kitorg rancang nak beli handphone same, tp tak jadi, tp kali ni, impian kami terlaksana.. Tarikh 30 April ni lak da jadi mcm tarikh aku couple semula dgn dia lak.. Tarikh ni wtkan aku tak ley lupa n terbawa bawa sampai hari ni..

Thanx dear 4 everything.. Mr. Mine ! I LOVE YOU !!!!

*beli sama sama, rosak pun sama sama, tp elakkan la dr rosak ye ;)

dah 3 bulan..... lamenye...

haihh.. da 3 bulan tak rajin nak enter blog.. byk komitmen lain la.. study itu ini, n mcm mcm lagi.. byk cte yg kena aku post yg bukan utk bertarikh cm pe yg blog ni "posted at : tarikh" cte dlm mase 3 bulan ni.. byk.. tapi yg ne aku ingt je la..
sedih, suka, menyampah, sakit hati sume ada..

Tuesday, March 29, 2011

andai lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

 Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Kami perempuan bukan meminta untuk dihargai, tetapi cukuplah sekadar kasih sayang dari yg tersayang.. sesungguhnya kasih sayang itu akan dibalas dengan kekuatan untuk menyokong dan menyempurnakan hidup insan tersayang.

Dengan izin Allah, jika dipanjangkan jodoh ke hadrat ilahi, dia juga bakal menjadi isteri pendokong dan ibu terbaik untuk cahaya mata mereka. Insyaallah....