Wednesday, February 9, 2011

Nasi dah jadi bubur dah pun.. :(


Bila sume nye dah terlambat., mula la nak menyesal. Tp bak kata org., sesal dahulu pendapatan., sesal kemudian dah tak da guna da pu. Huhu..

 Macam tu lah aku. Kesian kat aku n padan muka aku.


Sem 1,Mmg zaman kegemilangan aku la kan. Aku dpt top 10 dekan. Masa tu aku berazam gler2 sampaikn berpuasa nazar n belanja kwn2 mkn. Sume org keliling bangga dgn aku. Sume kwn2 aku suka.


Sem 2,Pointer aku makin meningkat. Mmg zaman kegemilangn aku lg. Sampaikan ada budak junior yg tau aku ni dekan. Bangga kot. Huhu..


Sem 3, Aku da makin malas. Kelas main lat-lat je. Suh kwn yg tandakan attendant. Haha.. sangat jht ! Yela., masa tu aku takda kwn. Sume kwn aku kelas lain2. Aku sorg je kls tu. Disebabkan ketidak semangatan tu, aku dpt balasan yg sangat setimpal dgn perbuatn aku tu. Pointer aku jatuh mendadak. Tak smpai 3 pointer pun. Aku masa tu rasa tak nampak apa2 masa ambik slip result. Aku menangis sepuas2 hati. Aku tak hiraukan org keliling aku yg pandang aku masa aku nangis tu. Lantak korg la ! Aku sangat sakit hati bila tgk kwn2 aku nye pointer. Tp nk buat mcm mana kan. Dah mmg salah aku. Sampaikan, mak abah tanya keputusan pun aku tak ngaku. Aku ckp aku dpt cukup2 3 pointer. Sampai sekarang diorg tak tahu. Yg paling aku sakit hati., time aku sem 3 ni la ada anugerah dekan lak. Diorg sume dpt anugerah. Tp aku just tgk pic diorg je la yg diorg tagged2 kt fb. Aku cemburu sgt.

Start dari hari tu, aku bangkit balik., aku belajar sungguh2. Dah tak study last minute dah. Aku buat early preparation. Sampaikan kwn2 aku pun rasa tak biasa dgn cara aku tu kadang2 yg terlalu awal yg tup2 dah bukak buku buat note. Aku bukannya ape, nk tebus semula kesilapan yg teramat bangang aku rasa.


Sem 4, bila dpt pointer., aku dpt 3 pointer tp tak sampai pointer dekan la. Aku kecewa sikit la tp alhmdulillah tak seteruk yg dulu. Lepas tu., sebok la aku dok kira2 pointer sampai sem 6. Huhu.. Boleh  kot capai kalau aku dpt 3.7 ke atas. Haha.. boleh ke ?


Sem 5, result aku tepat2 3.5. Haha.. Aiseyman..... Tp alhmdulillah la kan. Dpt jugak dekan.. Aku boleh senyum semula.


Sem 6 kan. Makin tough la subjek walaupun sem ni aku just seat utk 3 paper je. Dgn praktikalnya lg., dgn assignment nye lg, dgn final nye lg., dgn osce nye lg. Paper sikit tak bermakna senang nak dpt mark, semakin paper sikit la semakin susah nak capai markah tinggi, hipotesis. Haha.. Kena byk collect carry mark la. Yg paling aku takut., argggghhh !!! LJM.. Lesen aku utk jd nurse. Huhu..
Kena kuat. Aku tak nak main2. Ni kata2 aku time aku update blog ni la. Tp bila dtg time malas.,malas gak kn.
Td masa aku g amek slip result sume sem., aku dok buat kira2 utk cgpa aku. Even aku dpt 4 flat pun sem ni nanti., aku takkan dpt cgpa 3.5.Tu aim aku dari awal tp da tak boleh nak capai kn. Sudah terlambat dah pun wahai nursyafiqah. Kantoi masa sem 3. Spoil la.... Salah siapa ? Salah sendiri. Padan muka awak la kan. Huhu.. Paling2 pun 3.47. Haha.. Tak boleh capai gak. Haippp !! insyaallah la.




p/s : “Sesal dahulu pendapatan., sesal kemudian tiada  gunanya...........................”

Monday, February 7, 2011

Sugar Glider ohh Suger Glider..


Aku teringin sangat nk dpt sepasang binatang ni. Cute !!

Aku seorang anak tunggal.

Anak tunggal, anak emas ? sama ke ? ley la kot.
“Ika , ko beruntung jd anak tunggal tau.”ahaha.. yke ? org kata, jd anak tunggal ni yg best nya mintak apa sume dpt. Yke ? mungkin aku bukan jenis yg mcm tu kot.
Aku tak pernah meminta2 tp aku memberitahu. Tp dulu masa aku kecik mmg ye, aku jenis yg m’berontak kalau apa yg aku nk tak dpt. Seyesly! Sbg cth, aku akn gtau mak atau abh yg hp aku rosak, then diorg trus belikan. Huhu.. begitu lah.

“Mak... ika nk adik.” Tp aku ckp dlm hati je lah. Hehe.. Best nya tgk diorg ada adik beradik. Boleh main gaduh2. Boleh jugak kongsi masalah kn ? haa... itulah masalahnya bg aku yg tunggal nih. Kdg2 best je nengok org lain dgn adik beradik diorg. Dulu masa aku kecik2, aku pernah tipu ramai org sebabkan terlalu nak adik sgt. Aku nengok mak aku nye perut time tu mcm buncit je ps2, esoknya masa kt tempat tuisyen(umor 5thn), aku bgtau sume kwn2 tuisyen aku n cikgu tuisyen aku tu yg mak aku pregnant. Hahahahaha... sampaikan cikgu tuisyen tanya kt mak aku tau. Haha.. “ika nk adik...” 

Dulu mse aku sekolah, aku selalu main dgn budak2 kecik. Diorg selalu panggil aku sbb aku suka bg diorg cokolat. Tp tu pun klu ada stok kt dlm peti ais la. Mak pernah bela anak org tu aku yg recommendkan sbb aku nak ada baby. Kdg2 bila time parent diorg cuti, aku dtg rmh diorg pinjam bwk balik. Hehe..

Aku bukannya pemalas. Tp aku tak cekap buat kerja rumah. Sebabkan tu, aku takut nk tinggal kt rumah org. Aku tak berapa cekap buat semua yg berkaitan kerja suri rumah ni. Tp bukan tak tahu langsung tau, setakat nk kata boleh tu, boleh la. Nak kata mak abh manjakan sgt, aku tak rasa mcm tu pun. Tp, segala kerja rumah mak aku tak berapa bg sgt buat. Bukan aku tak nak buat tau. Sampaikan kekdg pinggan mangkuk pun mak tak bg aku cuci. Huhu.. 

“Mak mertua... kalau ika tak pandai masak jgn marah ye. Ika mmg tak berkesempatan nak buat sume tu. Ika janji 1 hari ika akan belajar jugak walaupun tak sedap mana pun..”hehe..

Bila aku dah tak 1 rumah dgn mak, aku belajar sume tu sorg2, slow2. Aku just call mak tanya resepi. Jadi tau aku masak walaupun kdg2 kwn2 complain yg aku masak masin. Haha.. sy budak baru belajar la. 



Sunday, February 6, 2011

Bila org lain dah ada, aku pun nak jugak :P

Bila org ada blog, aku pun nk berblogging jugak. Ahaha.. mcm musim2 fb n myspace tu dlu la. Kre cm nk up to date la kn.. huhu..
Blog, semuanya tentang perasaan. Tak tahu nak luahkan kt sape. So, better aku berblogging kan. Sbb tak sume benda kita boleh share dgn mereka2. 
Jd, semua kt sini adalah luahan hati aku. Tak semua yg akan dpt singgah kt sini. Nasib2 la sape yg dpt singgah tu. Korg bernasib baik sbb serta merta korg ley singgah masuk kat dlm perasaan aku, si perempuan dan si lelakinya.
Selamat membaca............

Voting